Friday, March 4, 2011

My FX today cycle 5

Salam kat semua trader.


Minggu ni untuk urus niaga (28/02/2011-05/03/2011) menyaksikan aku cancel sebanyak 3 position dan lost sebanyak 1 position , aku juga masih mempunyai sebanyak 3 position yang masih floating, 2 tengah pending dan 4 position win dicatatkan setakat tarikh dan masa report ni diupload.

Dalam report kali ni aku akan mengulas mengenai position Win A, Loss B dan Cancel C( Rujuk rajah kat atas). Seperti biasa, position yang tengah pending dan floating tu aku tak akan ulas. Dah close nanti baru aku cerita. Macam biasa aku guna daily chart bila trade dan aku guna strategi Fibonacci retracment, daily chart sesuai dengan aku sebab movement harga lebih perlahan dan aku pula jenis yang tak suka mengadap komputer lama-lama untuk trading forex, paling lama aku trade hanya 15min jer sehari. Kalau ada setup yang ok aku terus pasang pending order. Untuk loss position jumlah pip yang loss ialah sebanyak 359 pips.Manakala untuk win position jumlah pip yang berjaya dipungut ialah sebanyak 221 pips.

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]



Penjelasan Win A.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 13/2/2011 untuk pair USDCAD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace hampir 23.6. Aku pun pasang pending sale stop dekat B, TP dekat 161.8 dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 14/02/2011 dan akhir nya close pada 28/02/2011 dan memberi aku keuntungan sebanyak 97 pips. Position tu floating selama 14 hari (2 minggu)


Penjelasan Loss B.
Rujuk rajah kat atas. Pada tarikh 10/2/2011 untuk pair EURUSD, aku lihat ada pembentukan pelengkap yang aku tandakan dengan Point C. Fibo pulak dah retrace sebanyak 38.26. Aku pun pasang order pending sale stop dekat Point B, TP dekat 161.8 dan SL dekat Point A. Position tu kemudiannya trigger pada 11/02/2011 dan akhirnya close pada 02/03/2011 dan memberi aku kerugiaan sebanyak 359 pips yang setara dengan 2% nilai equiti . Position tu floating selama 16 hari. Breakout yang aku jangka nampaknya meleset dan sebaik sahaja breakout itu ditembusi ianya gagal mencapai penurunan harga seperti yang aku jangka, sebaliknya penurunan harga berlaku hanya untuk beberapa hari dan kemudiannya harga naik sehingga mencecah stoplosss aku pada Point A. Sebaik sahaja SL aku ditembusi, harga semakin menokok naik.


Penjelasan Cancel C.
Rujuk rajah kat atas. Pada 02/03/11 untuk pair GBPJPY aku lihat ada pembentukan Point C, dimana aku nampak pair tu retrace melebihi 38.2 fibo. Macam biasa aku tandakan point tu sebagai pelengkap untuk plan dan strategi forex aku. Point A,B dan C sudah terbentuk dengan jelas. Aku letak TP dekat 161.8 fibo, SL dekat 0.0 fibo ( Point A) and entry dekat Point B. Tapi pair GBPJPY meyaksikan kenaikan harga selang beberapa hari selepas itu, kenaikan berlanjutan sehingga memintas Point C yang aku tandakan sebagai pelengkap. Bila kenaikan harga telah menghampiri Point A maka aku cancelkan position tu.