Saturday, March 19, 2011

Biar Betul Part 27

Selesai sudah kisah pertemuan pertama dan saat pengenalan aku dengan Mary di airport Kuching, lanjutan dari pertemuan ini akan wujud banyak lagi pertemuan-pertemuan lain yang penuh makna dan memberi aku banyak pengajaran tentang forex. Semua ini memberi aku pengalaman yang amat berharga dan ia adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat aku pelajari dari buku malah internet sekalipun. Semuanya akan aku kongsikan bersama didalam blog ini didalam part mendatang.

Selanjutnya aku nak petik sedikit kandungan Journal Forex Jamlus Jackson


Kuching Waterfront, Kuching, September 1990

FOREX: Jadikan ianya sesuatu yang mudah.

Pasaran Forex terkenal dengan kecairan yang tinggi. Sekejap naik, sekejap turun, kemudian naik, turun balik, mendatar, kemudian naik balik,turun balik dan sebagainya. Amat mengelirukan dan memeningkan. Itulah lumrah pasaran mata wang, keadaan ini menjadikan pasaran forex dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang berisiko tinggi dan mencabar. Jika aku sanggup menyahut cabaran ini, tahniah diucapkan. Aku adalah seorang yang berani mengambil risiko. Walaupun kecairan pasaran forex amat tinggi, aku mesti melihat nya dari sudut positif. Kecairan yang tinggi bermakna aku berpeluang untuk menjadi jutawan melalui forex dengan pantas. Aku tidak maksudkan sepantas esok, lusa , minggu depan atau bulan depan, malah aku mensasarkan sekitar 10 tahun untuk mencapai tahap itu. Pelabur terkenal Warrant Buffet menyifatkan forex sebagai senjata penjana kekayaan terhebat dekad ini. Dengan teknik yang betul, kecairan pasaran forex ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya dan memberi banyak kelebihan kepada pelabur yang berdisiplin.

Terdapat pelbagai teknik, secara peribadi aku berminat dengan teknik yang mudah dan ringkas. Aku menggunakan teknik tertentu yang ringkas untuk membolehkan aku menentukan arah tuju mata wang. Rangka masa yang aku gunakan hanyalah rangka masa harian. Semudah itu, selepas ditentukan hanya buat masukan yang bersesuaian dengan trend pasaran. Jangan gusar, perbanyakkan latihan hingga aku mahir dengan teknik pilihan aku. Jika aku tidak pasti teknik mana yang sesuai, maka lakukanlah kajian, bertanyalah dengan rakan-rakan dan jika perlu hadirlah kelas-kelas forex dan bergurulah.

Ingat teknik bukan penentu 100% kejayaan aku, ianya adalah perkara ketiga didalam senarai penentu kejayaan seseorang pelabur. Keutamaan adalah seperti berikut, disiplin, pengurusan kewangan dan teknik. Ramai pelabur forex yang gagal adalah kerana mereka meletakkan keutamaan seperti berikut: teknik, pengurusan kewangan dan akhir sekali disiplin. Pelabur yang gagal adalah kerana disiplin tidak diutamakan.

-Di petik dari journal Forex Jamlus Jackson