Wednesday, March 30, 2011

Biar Betul Part 31

Disini aku petik lagi sedikit bahan bacaan dari Journal Forex Jamlus Jackson

Pulau Labuan, Wilayah Persekutuan

Tidak kurang juga yang melabur dengan menggunakan EA(Expert Adviser), pada aku ada pro dan kontranya. Namun secara peribadi aku sendiri tidak gemar menggunakan kaedah ini. Aku lebih mempercayai keupayaan sendiri daripada membiarkan pelaburan forex aku dilakukan oleh EA. Aku tidak akan mengupas perkara ini dengan terlalu mendalam.

Jadikan teknik aku seringkas mungkin, buat kajian dan pelajari corak-corak tertentu yang berlaku. Kebiasaannya ada corak tertentu yang tersirat. Mengenal pasti corak amat penting kerana ianya berulang dan dapat dijadikan panduan untuk mengenal pasti masa yang sesuai untuk membuat masukan.


Teknik yang berjaya ada di depan mata.

Adakah aku sudah penat berusaha, semakin hari hati semakin tawar. Perlahan-lahan aku mula meninggalkan usaha aku untuk berjaya di arena forex. Ingat : Teknik yang berjaya ada didepan mata, aku hanya perlu disiplin dan pengurusan kewangan yang betul jika ingin berjaya.

- Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson