Wednesday, March 2, 2011

Biar Betul Part 16

sebelum aku sambung balik kisah pertemuan aku dengan Mary, ni aku petik sedikit journal Forex Jamlus Jackson.

Balikpapan City, March 2008, 9.34pm

Bergantung pada aku, pilihan sentiasa ditangan aku. Jika aku mahu kebebasan kewangan aku harus mengorak langkah mulai sekarang. Selamilah minda seorang jutawan, perbanyakan bahan bacaan yang berkaitan jutawan. Tidak kira jutawan dalam bidang apa, jika aku halusi semuanya berkongsikan prinsip yang sama iaitu azam untuk bermula dan semangat untuk bertahan dan berusaha tanpa jemu lagi dan lagi tapi disertakan dengan ilmu dan panduan yang betul dan teratur. Mudah tapi tidaklah terlalu mudah, ramai yang akan tersungkur ditengah jalan. Sebab itulah ramai kita dengar mereka yang terlibat dalam jualan langsung, perniagaan, forex, saham, projek pertanian seperti penternakan ayam contohnya dan pelbagai lagi tersungkur sekerat jalan. Gagal, gulung tikar, putus asa dan kembali kepada keadaan asal dan keazaman untuk menjadi seorang jutawan hanya tinggal angan-angan.

Untuk berjaya dalam forex, minda aku mestilah ditukar kepada minda seorang jutawan. Seorang jutawan mestilah seorang yang tidak mengenal erti putus asa, berperangcangan, bijak menangani kekecewaan , tabah mengharungi dugaan dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mendengar pandangan dan idea-idea lain. Ingin menjadi jutawan tetapi tanpa set minda seorang jutawan menyamakan aku dengan golongan mereka yang membeli loteri dengan harapan nombor pilihan itu mengena dan menjadi jutawan. Golongan ini juga ramai yang tabah berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa. Golongan ini juga lengkap dengan keazaman yang berterusan cuma kesilapan terbesar mereka ialah mereka tiada perancangan dan menyerah semua kepada nasib untuk menentukan kejayaan mereka. Jutawan sejati adalah jutawan yang berusaha dengan ilmu, berperangcangan dan berdisiplin.

Bila aku yakin menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mustahil, aku pasti aku mampu melakukannya dan dengan forex ianya semakin mudah dan tidak mustahil sama sekali. Forex seperti mana perniagaan lain menuntut didikasi dan komitmen. Sebenarnya ia mudah tetapi tidaklah terlalu mudah kerana aku hanya perlu tahap disiplin yang tinggi, pengurusan kewangan yang betul dan menggunakan teknik yang konsisten dan terbukti berkesan. Itu sahaja syaratnya, disiplin, pengurusan kewangan dan teknik yang betul. Di internet dewasa ini terdapat pelbagai teknik yang dicadangkan oleh pelbagai pihak. Semua pihak mencadangkan teknik mereka sebagai yang terbaik dan terbukti berkesan. Sebagai pelabur forex aku mestilah melihat ini sebagai sesuatu yang positif. Banyak pilihan bermakna aku mempunyai banyak idea dan berpeluang untuk mencuba pelbagai teknik sehingga aku menjumpai teknik yang terbukti berkesan dan serasi dengan aku. Disiplin aku akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak, teknik yang betul tanpa disiplin akan mengagalkan aku.

- Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

nantikan sambungan kisah forex antara aku dan Mary dalam siri seterusnya

sehingga berjumpa lagi.