Monday, March 7, 2011

Biar Betul Part 20

“Untuk membuktikan sapa betul dan sapa salah, Richard Dennis mencadangkan agar satu iklan untuk mencari trader baru dilakukan, mereka buat iklan kat wallstreet journal dalam tahun 1983 and sebanyak 15000 orang apply “, jelas Mary lagi.

“Menarik tu, lepas tu apa jadi”, tanyaku lagi.

Baru sahaja Mary hendak menjelaskan lanjut cerita tentang turtle trader, kami terganggu oleh satu pengumuman:

“Perhatian, penerbangan MH303 ke Kuala Lumpur telah bersedia untuk berlepas, semua penumpang di persilakan untuk keberangkatan di Gate 3. Terima kasih”



“Flight awak ker”, tanya Mary kat aku

“Bukan”, jawabku ringkas.

“Ok, so apa jadi selanjutnya”, gesa aku kat Mary

“Ok, out of 15000 yang apply mereka pilih 13 orang yang mereka gelar kan turtle”, kata Mary lagi

Aku tanya kat Mary,” Why mereka gelarkan turtle”

Mary diam sekejap kemudian dia berkata lagi , “ entah, saja saja kot, dia gelar turtle sebab sebelum tu Dennis pernah berkunjung ke Singapore dan dia kata dia akan didik mereka ni macam penternak turtle kat Singapore ternak turtle mereka, step by step dari mula”.

“Apa maksudnya”,tanyaku lagi

Mary jawab”, maksudnya semua mereka ni akan dididik mengenai perkara asas pelaburan sehinggalah teknik trading dan persediaan mental sebagai seorang pelabur dan kemudian Dennis akan guide mereka guna teknik yang dia sendiri telah gunakan selama itu dan Dennis akan berikan duit sebagai modal untuk memulakan pelaburan. Dennis sendiri akan monitor mereka closely”, jelas Mary panjang lebar.

Selanjutnya kata Mary lagi,” 13 orang yang terpilih tu dari pelbagai latar belakang dan hampir kesemuanya tidak ada pengalaman sebagai trader kecuali seorang, yang seorang tu pun bukannya trader yang success, Dennis pilih mereka ni sebab dia nak buktikan kepada Bill bahawa jika seseorang itu di didik dan dibimbing dengan betul , dia pasti mampu berjaya”.

Mary menghirup lagi minumannya, diam sejenak kemudian dia berkata lagi.” So first day masa dia jumpa dengan kesemua 13 orang budak yang dia select tu Dennis cakap macam ni, " I don't care if you make money or not, you will still get fired if you didn't follow my ROE". Lepas tu dia ajar dia punya teknik, money manegment and trading mind set kat semua dia punya student and seterusnya financekan setiap student nya USD500,000 setiap seorang”,

“Wooww banyaknya duit dia bagi kat budak-budak tu, tapi ROE tu apa”, sampuk aku lagi.

“Hisss awak ni, citer I tak abis lagi, jangan ler meyampuk dulu, ROE tu stand for “rule of enggament”…ler simply maksud dia plan and strategy ler tu”, kata Mary lagi

Kemudian sambungnya lagi,” Dennis ajar student dia tu kurang lebih 2 minggu dan lepas tu mereka start trade and Dennis monitor them closely and make sure semua ikut dia punya trading rule”.

Mary diam sekejap kemudian sambungnya lagi,” Dalam tahun pertama 11 orang dari 13 orang tu making 70% hingga 129% dan dalam tahun pertama tu juga 2 orang kena pecat. Dalam tahun kedua pulak hampir kesemua anak didiknya dah gandakan duit modal sekurang-kurangnya dua kali ganda”.

“End of story”, kata Mary lagi sambil menghirup air yang dibelinya.

Kami diam kemudian aku tanya,”So apa moralnya citer ni”

Sehingga berjumpa lagi.