Monday, March 7, 2011

Biar Betul Part 21

Sebelum aku sambung citer pasal Mary and turtle trader, ni aku petik sikit journal Forex Jamlus Jackson


Pulau Langkawi April 2009. 4.45pm

Set minda yang betul ketika melakukan aktiviti forex akan menjadikan aku seorang yang rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Harus difahami ramai pelabur forex gagal kerana persediaan mental yang lemah. Mereka cepat teruja jika beroleh keuntungan dan jika beroleh kerugian mereka tidak menanganinya dengan betul dan mula membuat keputusan dengan terburu-buru. Tindakan seperti ini selalunya menjurus kepada kerugian yang lebih tinggi. Jangan sesekali bertindak untuk membalas dendam jika berlaku kerugian dan jika beroleh keuntungan aku juga mesti bertindak dengan rasional dan jangan tergesa-gesa dan hilang pertimbangan. Jika aku mempunyai set minda yang betul, aku seharusnya bersikap natural sama ada aku untung atau rugi. Kekalkan teknik aku yang ternyata telah membuahkan hasil dan cuba lagi dan lagi di lain masa.

Sentiasa ingat bahawa matlamat aku untuk menjadi jutawan adalah sesuatu yang memerlukan masa. Bukannya hari ini memulakan urusniaga dan esok menjadi jutawan. Jika itu prinsip aku, aku mesti perbetulkannya. Sikap sedemikian adalah ciri-ciri seorang pelabur forex yang tamak dan penjudi. Bukannya sikap seorang pelabur forex sebenar.

- Di petik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Sehingga berjumpa lagi