Friday, March 11, 2011

Biar Betul Part 24


“handphone ni abang punya ker, abang tertinggal kat atas kaunter masa bayar tadi”, jelas budak tu lagi sambil hulurkan handphone nokia color biru kat aku.

Aku ambil handphone tu “iye tak iye, saya punya ni, lerr tertinggal kat kaunter rupanya, time kasih yer”, kata aku kat budak tu.

“Tulah abang, lain kali jangan ler tertinggal macam ni, nasib baik saya jumpa, kalau kena orang yang tak jujur alamat nya bye-bye ler handphone ni, nanti susah pulak girlfriend abang ni nak call”, beriya-iya budak tu bagi nasihat kat aku.

Aku nampak Mary hanya tunduk dan tersenyum.

“Iye dik, maafkan abang, abang janji tak buat lagi, time kasih yer”, kataku lagi kat budak tu.

“Sama-sama”, jawab budak tu lalu melangkah pergi.

“He he he padan muka, kan dah kena marah, tu ler lain kali jangan lupa lagi”, kata Mary bercampur ketawa yang semacam cuba dikawal.

“Garangnya adik tu, kecut aku “, kata aku kat Mary

Setelah situasi kembali reda, aku cakap kat Mary,

“You tak citer lagi moral disebalik kisah turtle trader tadi “

“Oh yer…pasal turtle trader tadi yer, moral citer ni mudah”, kata Mary , dia diam sejenak. Kemudian katanya lagi.

“Kisah turtle trader ni adalah bukti bahawa jika seseorang trader tu betul-betul focus dan ditambah lagi dengan teknik dan strategi yang betul, dia pasti berjaya. Pokok pangkalnya adalah kekuatan minda”, Mary diam sekejap. Kemudian sambungnya lagi:

“Sebagai komoditi trader Dennis telah menjana USD400 menjadi USD200 juta dalam tempoh 18 tahun, sekarang ni cerita pasal turtle trader ni dah jadi semacam satu lagend”, kata Mary lagi

“Fuyooooo, banyak nya”, celah aku pantas.

“Dennis pernah cakap, even kalau dia publishkan dia punya trading rule kat dalam surat khabar, belum tentu seseorang trader itu akan berjaya untuk follow rule tu sehingga berjaya. Awak nak tahu kenapa Dennis cakap macam tu”, sambung Mary lagi.

“Kenapa?”, aku tanya Mary pantas.

Mary diam sejenak, kemudian katanya lagi.

“Sebabnya mudah, sebab “tabiat” atau habit”, kata Mary lagi

“Apa tu, I tak berapa paham”, aku tanya lagi kat Mary.

“Ok, macam ni. Dennis menggandakan duit dari USD400 menjadi USD200 juta dalam masa 18 tahun. Awak perasan tak sesuatu”, tanya Mary lagi kat aku

“Apa dia?”,tanya aku lagi

Mary diam sekejap, kemudian katanya lagi.

“Jika kita hendak berjaya, kita kena ada tabiat yang betul. Tabiat adalah perkara yang kita buat hari-hari, setiap masa, berterusan, lama kelamaan ianya menjadi minggu, kemudian menjadi bulan, kemudian menjadi tahun, dan kemudianya menjadi bertahun-tahun. Main forex ni kita kena ada tabiat yang betul, bukannya teknik yang holy grail, teknik yang “holy grail” tu tak wujud”, tapi “tabiat” yang betul tu wujud”, kata Mary lagi.

“Dalam maksudnya tu, I tak berapa faham. So apa kaitannya dengan turtle trader secara lebih spesifik”, tanya aku lagi kat Mary

Sehingga berjumpa lagi