Sunday, March 10, 2013

Biar Betul Part 114

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson
Tidak bertarikh

Selagi tidak dapat menerima hakikat bahawa aku mesti mengalami kerugian unutk berjaya, selagi itu aku tidak akan berjaya. Kerugian tidak dapat dielakan, ianya hanya dapat dikawal dengan penggunaan pengurusan kewangan yang betul. Sentiasa setia dengan strategi yang diguna pakai, jangan diubah secara terburu-buru hanya kerana berlaku kerugian. Aku mesti menerima kerugian dengan berlapang dada dan redha. Kerugian hari ini tidak bermakna aku akan berterusan rugi selama-lamanya. Ianya bersifat sementara dan disinilah kematangan dalam arena forex akan wujud dalam diri jika aku belajar menerimanya.

Pastikan teknik dan strategi yang aku gunakan mudah dan ringkas. Pengurusan kewangan juga mesti benar-benar berdisiplin dan terurus. Penggunaan teknik yang melibatkan terlalu banyak parameter akan hanya mengelirukan. Ringkaskan teknik lakukan aktiviti pelaburan tanpa emosi. Lakukannya seolah-olah robot, tanpa sebarang emosi dan berpandu semata-mata dengan teknik yang telah terbukti berkesan. Keberkesanan 70% sudah memadai, malah sesetengah pakar perlaburan menyatakan keberkerkesanan 60% pun sudah memadai untuk berjaya.

Berdasarkan pengalaman aku, proses untuk menjadi jutawan melalui pelaburan di forex memerlukan masa. Jangan tergesa-gesa dan lakukannya dengan perlahan-lahan. Tiada jalan singkat, semuannya mesti dilakukan dengan penuh komitmen. Sebab itu, 15min sehari sudah memadai jika teknik memang terbukti berkesan. Bayangkan jika meluangkan masa seharian menatap dan memantau pergerakan harga setiap hari. Aku pasti tertekan ditambah lagi bila melihat turun naik harga yang begitu cair. Tiada siapa pada hemat aku mampu untuk menatap carta setiap masa tanpa mengalami stress dan kegelisahan.

Sehingga berjumapa lagi