Wednesday, March 20, 2013

Biar Betul Part 116

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson

Mengawal Emosi? Mudah tapi sukar

Jika aku tidak dapat mengawal emosi ketika melakukan aktiviti pelaburan forex. Aku pasti akan gagal. Aku yakin dan percaya tanpa kawalan emosi yang betul tiada pelabur yang akan berjaya. Ramai pelabur terlepas pandang pemasalahan ini, malah ramai kenalan aku kerap kali menegaskan disiplin dan kawalan emosi ketika melakukan aktiviti pelaburan forex adalah sesuatu yang mudah dilakukan. Sering kali aku dengar mereka menyatakan mereka mempunyai kawalan emosi dan disiplin yang tinggi. Tetapi mengapa tidak berjaya? Teknik yang tidak tepat selalu dipersalahkan, lantas ramai pelabur akan menukar teknik. Mereka mencari-cari dan menukar-nukar teknik hampir setiap masa. Semuanya atas alasan kononnya teknik yang diguna pakai sekarang masih tidak tepat dan akan memberi kerugian jika masih diguna pakai. Tetapi yang pelik nya tidak kah mereka sedar teknik yang sama yang diguna pakai ini sebenarnya yang telah menjadikan sesetengah individu lain kaya raya. Bezanya, cuma individu yang berjaya dan individu yang gagal ini adalah tahap kawalan disiplin dan emosi. Umpama nelayan yang berbeza yang menggunakan peralatan yang sama dan menangkap ikan di perairan yang sama tetapi berkesudahan dengan jumlah hasil yang berbeza. Jika nelayan yang mendapat hasil yang kurang berpendapat punca kegagalan adalah kerana peralatan yang digunakan tidak sesuai lantas menukar peralatannya kepada peralatan yang lain. Ianya berkemungkinan akan memberi nelayan tersebut hasil yang lebih lumayan atau setara atau mungkin juga masih kekal kurang. Andaikata hasil nya masih kekal kurang dan nelayan tersebut menukar lagi peralatan nya, pengakhirannya ia akan tidak berkesudahan didalam pencarian alatan baru dari masa kesemasa. Ramai pelabur forex terperangkap didalam situasi seperti ini, pencarian dan pemburuan teknik yang tidak berkesudahan. Aku sendiri terperangkap hampir 3 tahun didalam pencarian seperti ini.

Sehingga berjumpa lagi