Monday, February 13, 2012

Biar Betul Part 109

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Fikirkan seperti ini. Katakan aku menerima jemputan untuk menghadiri satu majlis keraian yang dianjurkan oleh seorang rakan. Aku pasti akan berbesar hati kerana telah dijemput dan sekiranya aku tidak dapat menghadiri diri di majlis tersebut aku akan memohon maaf kepadanya, aku memohon maaf kerana aku ingin menjaga hati seorang kawan. Ini adalah lumrah kehidupan yang kita jalani seharian. Pelaburan di forex pun sebenarnya bergini, cuma dalam kontek yang agak berlainan. Kawan yang menjemput aku di majlis keraian tersebut sebenarnya tidak kisah sama ada aku datang atau tidak. Malah jika aku tidak datang dan tidak memaklumkan kepadanya yang aku tidak hadir pun dia tidak kisah, tidak ambil peduli dan tidak berkecil hati. Andaikata aku hadir sekalipun dia tidak teruja dan tidak menyedari kehadiran aku. Jika aku tidak datang di majlis tersebut dia tidak tercari-cari. Hakikatnya, sama ada aku hadir di majlis tersebut atau tidak ianya adalah sama. Aku tidak penting dan tidak dipedulikan dan tiada siapa menanti kedatangan aku di majlis tersebut.

Inilah konteks sebenar pelaburan forex. Jemputan yang aku terima hanyalah sekadar jemputan, dan kawan yang aku anggap kawan sebenarnya hanya sekadar seorang yang aku kenal. Umpama ketika kita berada didalam teksi, pemandu teksi yang amat ramah dan bertanya khabar dan sebagainya sebenarnya hanya menanggap aku sebagai pelanggannya. Bukannya bertujuan untuk berkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan persahabatan yang sebenar. Pemandu teksi itu tidak lebih dari hanya seorang yang aku temui dan kenali untuk sementara waktu dan akan dilupakan keesokan harinya. Itulah perumpamaan broker dan arah tuju pasaran wang kepada aku. Maka itu jangan sesekali tersilap dan menanggap broker dan arah tuju pasaran wang adalah kawan, ianya bukan kawan dan ianya adalah seperti kawan yang menjemput aku untuk sesuatu majlis atau pemandu teksi yang aku nyatakan tadi. Mereka tidak kisah tentang siapakah aku. Kenali siapa kawan dan siapa lawan amat penting. Pastikan teknik aku mempunyai kaedah untuk menentukan “stop loss”. Kerana tanpa “stop loss”, arah tuju pasaran wang yang bertentangan mampu meranapkan keseluruhan pelaburan forex aku.

Sehingga berjumpa lagi