Friday, February 3, 2012

Biar Betul Part 107

Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Bila melabur di forex, sama ada untung atau rugi, broker tetap untung dengan mengambil keuntungan dari “spread entry” yang dilakukan. Broker suka pelabur melakukan sebanyak mungkin “entry” kerana setiap “entry” adalah keuntungan buat mereka. Broker tetap untung dan selagi mereka menyediakan perkhidmatan yang efisien, mereka pasti akan menerima banyak pelanggan baru dari masa kesemasa yang akan mencuba nasib di arena forex. Apa yang aku ingin tekankan disini ialah, kejayaan pelaburan di forex sebenarnya adalah ditentukan oleh diri aku sendiri. Sebab itu melabur dengan bersandarkan tip-tip dari kawan semata-mata tanpa strategi adalah satu kesilapan.

Aku pernah dengar pendapat yang menyatakan tak perlu pasang “stop loss” sebab trend sudah betul, tak perlu “stop loss” sebab kalau ada perubahan harga ianya adalah bersifat sementara dan paras harga akan melakukan pembetulan dengan sendirinya. Pendapat ini ianya adalah satu kesilapan, fikirkan begini, broker tidak kisah aku untung atau rugi, pasaran mata wang tidak terjejas dengan untung rugi pelaburan aku. Aku pula beranggapan pasaran wang akan mengikut arah tuju seperti yang aku ramalkan. Sedarkah aku semua pihak disekeliling aku tidak kisah dan ambil peduli mengenai pelaburan aku dan aku pula beranggapan mereka adalah kawan aku. Aku silap, mereka bukan kawan aku. Sebab itulah aku mesti meletakkan “stop loss”, kerana jika harga bergerak melawan aku tidak mustahil mereka yang aku anggap kawan tadi akan menghancurkan keseluruhan pelaburan forex aku.


Sehingga berjumpa lagi