Dipetik dari Journal
Forex Jamlus Jackson
Kita harus meletakkan sasaran jangka panjang. Anggaplah
sesuatu kerugian sebagai sesuatu yang positif, kerana walaupun aku rugi,
hakikatnya aku sebenarnya berjaya kerana aku telah melakukan aktiviti pelaburan
forex aku selaras dengan teknik dan strategi yang dirangcangkan.
Berpeganglah pada teknik dan strategi
secara konsisten adalah lebih utama dari untung atau rugi.
Aku menang hanya jika aku fikir aku akan menang.
Sebelum aku melibatkan diri dengan aktiviti pelaburan forex,
aku pasti pada asalnya aku fikir aku akan berjaya. Aku bermula dengan semangat
yang kental, cita-cita serta angan-angan yang tinggi melangit. Ramai yang
berpendapat ianya mudah dan dengan hanya modal permulaan USD100 ianya dapat
dilakukan. Aku bermula seperti ini, dan selepas berkecimbung semangat semakin luntur dan mulai merasakan
semua angan-angan akan hanya tinggal sebagai angan-angan yang tidak mungkin
tercapai. Jika aku pernah merasa sedemikian, syabas aku ucapkan. Aku sudah
merasai perit sebenar dunia pelaburan
forex. Jangan berputus asa tetapi sebaliknya
berehatlah sebentar dan lupakan dunia forex aku sebentar. Tiba masanya
untuk aku mengkaji dimana silapnya. Adakah kesilapan berpunca dari teknik yang
diguna pakai, pengurusan kewangan yang tidak mantap atau aku sendiri. Aku sendiri pada mulanya sering
menyalahkan strategi yang diguna pakai, dan aku percaya lebih 95% pelabur forex berpendapat seperti
aku. Benarkah strategi yang salah
atau adanya faktor lain. Tidak
dinafikan strategi yang diguna pakai berkemungkinan tidak bersesuaian dengan aku. Tetapi
kesalahan sebenarnya adalah berpunca dari aku sendiri. Aku kurang mengkaji
dan melabur tanpa ilmu dan panduan yang
betul. Aku hanya akan berjaya jika aku menyedari kesilapan adalah berpunca dari
aku sendiri dan jika aku ingin berjaya aku hanya perlu baiki diri aku sendiri.