Dipetik dari Journal
Forex Jamlus Jackson
Aku lebih senang menghubungkaitkan untung rugi perlaburan
forex aku dalam bilangan pips dan aku sentiasa menanggap ianya adalah “jumlah
jaringan” dan bukannya dengan nilai wang. Alasannya mudah, sebab kerugian dalam
jumlah jaringan pada aku tidaklah
terlalu sensitif dan menggangu emosi. Andaikata aku seorang pengemar
sukan bolasepak, dan pasukan pilihan aku kalah 3 gol berbalas 1. Pasti aku
berasa kecewa, tetapi aku juga dapat
menerima kekalahan tersebut dan walaupun pasukan kegemaran aku kalah jaringan
itu tetap juga dapat menyumbangkan
sesuatu sebab jumlah jaringan boleh membantu pasukan kegemaran aku untuk
mendapat merit tertentu didalam liga tersebut. Ini adalah kerana perlawanan itu
bukannya perlawanan kalah mati. Ini
kaedah yang aku guna pakai didalam menangani kerugian pelaburan forex dan
mengawal emosi, aku sedar kerugian pelaburan kali ini bukanlah satu perlawanan kalah mati dan
sungguhpun aku rugi , ianya sebenarnya membuka peluang untuk aku melabur
lagi dimasa yang lain bertepatan dengan teknik dan strategi
yang dirancang. Rancangkan strategi dan plan dan laksanakan nya dengan penuh
disiplin. Aku mungkin merasakan ianya satu cara yang bagus atau mungkin juga
ada tidak bersetuju dengan cara aku menanginya. Kaedah mana yang aku ingin
gunakan itu semuanya terpulang kepada aku. Cuma aku ingin tekankan aku mesti
tangani masalah emosi aku kerana jika
aku mengabaikannya emosi aku akan mengawal aku, dan jika aku dikawal
oleh emosi ianya pasti berkesudahan dengan
kerugian yang semakin teruk. Selalunya begitu. Kemalangan jalan raya
lebih mudah berlaku terhadap seorang pemandu itu jika ia memandu dengan tidak terkawal berbanding pemandu yang
memandu dengan keadaan yang terkawal. Tangani emosi aku, jangan sekali-kali
diabaikan. Ianya boleh dilatih dan didisiplinkan dengan latihan secara
berterusan.