Dipetik dari Journal
Forex Jamlus Jackson
Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani emosi aku,
ada pelbagai cara dan aku sendiri lebih senang untuk mengambil cara penyelesain
yang paling mudah. Aku sentiasa berusaha
untuk menerima semua kerugian dengan berlapang dada. Pada mulanya amat sukar
untuk aku melakukan nya tapi kini ia menjadi agak mudah kerana aku hanya merisikokan 2% dari jumlah
equiti keseluruhan. Ini bermakna jika
equiti perlaburan aku berjumla USD100, maksimum risiko yang aku tanggung
hanya USD2 sahaja. Satu jumlah yang kecil. Sebagai tambahan aku juga lebih suka mengambarkan untung rugi aku
dalam bilangan pips, ianya lebih mudah dan membantu aku meghilangkan hubungkait
aktiviti pelaburan aku dengan nilai wang. Bila untung rugi tidak dinilaikan
dalam bentuk wang, aktiviti pelaburan pada aku tidak lebih dari satu bentuk
permainan seperti permainan dam haji atau congkak, dimana ada masa aku menang, ada masa aku
kalah, ada masa aku seri dan jika aku melakukan permainan yang sama dengan
teknik dan tektik yang sama berulang-ulang kali kemahiran akan terbentuk dan
emosi akan terkawal, aku yakin lama kelamaan aku pasti semakin mahir dan kadar
kemenangan aku pasti akan lebih banyak dari kadar kekalahan aku. Aku hanya
perlu bersabar dan kawal emosi aku dan melaksanakan strategi aku seperti yang
dirancangkan. Jangan sesekali kita terlepas pandang bahawa aktiviti pelaburan
sebenarnya berhubung kait dengan
kebarangkalian. Tiada ada 100% ketepatan. Ramai yang mengakui hakikat ini sebelum
mereka bergiat di arena pelaburan
forex. Tetapi setelah benar-benar
menjalani aktiviti pelaburan forex diakaun sebenar segala-gala nya pudar,
pertama kali rugi masih dapat bertahan, kedua kali pun masih mampu lagi
ditangani, kemudian datang kerugian kali ketiga, pasti emosi sudah semakin
goyah, kemudian datang kerugian untuk
kali ke empat. Emosi semakin parah, aku terasa seoalah-olah pasaran mata wang
mempermain-mainkan aku. Aku mulai stress, emosi tidak lagi terkawal. Nasihat
aku, jika aku berada di situasi ini. Bersandarlah dan matikan komputer aku. Jangan teruskan
aktiviti pelaburan kerana jika aku
teruskan , tahap stress pasti akan meningkat. Bertenanglah dan lapangkan
dada. Kaji semula diri sendiri, kenali
sikap, teliti tahap disiplin aku. Tidakkah aku terasa yang aku
sebenarnya telah hilang kawalan dan aku kini di kuasai oleh emosi negatif yang
jika dituruti akan hanya menambah burukkan
akaun aku.