Dipetik dari Journal
Forex Jamlus Jackson
Apakah sebenarnya yang terjadi? Tanpa sedar sebenarnya ramai
pelabur terperangkap didalam jerat emosi dan menanggap bila berlakunya sesuatu
kerugian ianya adalah sesuatu yang
terlalu peribadi. Anggapan kerugian ini adalah sesuatu yang terlalu peribadi
secara tanpa sedar menjerumuskan pelabur kepada pemasalahan emosi. Jangan pandang
rendah permasalah ini, ianya amat serius kerana tanpa sedar, pelabur akan
mula melakukan pelaburan tanpa kawalan
dan tidak lagi mengikuti plan dan strategi asal. Strategi yang diguna pakai
sering kali dilupakan. Ramai yang akan
menyalahkan teknik, berita-berita kewangan atau kadang-kadang anak-anak atau ahli keluarga, kawan-kawan yang memberi
tips, malah seorang kenalan aku pernah menyalahkan aku kerana
menelefonnya ketika dia sedang
melakukan aktiviti pelaburan forex dan
pelbagai lagi alasan dan kerap kali hanya pihak lain sering kali dipersalahkan.
Hampir tidak pernah mereka menyalahkan diri sendiri. Sebagai pelabur aku harus
sedar ianya sebenarnya berpunca dari diri sendiri, tiada siapa-siapa yang
bersalah. Selagi aku tidak sanggup
bertanggungjawab untuk memikul
kerugian dan bertindak dengan menerima
kerugian tersebut secara terlalu
peribadi, emosi pasti sukar dikawal. Kesannya adalah kepada akaun pelaburan
forex aku. Tanpa sedar ramai pelabur forex akan mula menghancurkan akaun forex
mereka.
Sehingga berjumpa lagi