Main FOREX ni melibatkan risiko kehilangan semua modal kalau tek reti. So advice aku belajar betul-betul sebelum nak main. Informasi kat dalam ni untuk education khususnya dalam memantapkan Trading Psychology untuk menjadi trader Forex. So jangan nak salahkan aku pulak kalau rugi. Jamlus Jackson cakap kat aku," kalau engkau guna A++ punya teknik sekalipun, tanpa disiplin dan money management yang betul, belum gerenti engkau akan berjaya" - Petikan dari Biar Betul Part 156
Monday, October 3, 2011
Biar Betul Part 78
Tip from Mary Sari, Dia dapat tip ni from ayah dia:
Hi Sham, 4 tahun pengalaman. Ni yang you akan dapat.
Tahun 4.
Ini adalah tahun dimana you akan berjaya. Ditahun ke 4, jika you masih lagi memorex saya pasti you telah mempunyai untung yang konsisten dan berterusan. Kerugian akan diminimakan. Teknik you semakin kukuh dan disiplin you terkawal. Emosi tidak lagi menggangu you dan you akan menjadi FX trader sebenar. You akan menjadi 5% mereka yang berjaya jika you mampu bertahan sehingga tahap ini.
Ayah I cakap. Jika you belum lagi memorex untuk sekurang-kurangnya 3 tahun tanpa jemu, you pasti tidak akan mampu bertahan sehingga tahun ke 4. Tahun ke 4 adalah tahun dimana you akan di beri ganjaran dan untuk sampai ke tahap ini ianya bukan mudah. Hanya 5% sahaja yang berjaya, 95% akan gagal.