Monday, July 14, 2014

My FX today cycle 59

Salam

Ni position yang  tengah  floating  setakat masa post ni aku uploadkan. Macam biasa,  memang ambik masa, aku biar jer selagi  tak ada tanda  price nak reverse,  take profit tak specify sebab  aku nak follow trend semaksima mungkin. By the way, ramai pemorex kat luar sana tercari-cari teknik holy grail, nasihat aku, hentikan pencarian tu,  teknik holy grail tak  pernah wujud.



[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Friday, December 6, 2013

My FX today cycle 58

Salam,


Lama since last aku update, Ni snapshot result trading aku minggu ni mostly aku close pada  6/12/2013, ada satu jer lagi position yang masih open. ROI masih ada profit  lagi walau ada 2 loss, biasa ler tu, kalau takut loss jangan ler memorex. Any way, selamat memorex semua, malas ler aku nak ulas panjang lebar, korang tengok jer ler sendiri, teknik aku guna biasa-biasa jer and aku trade guna daily chart, sehari aku cuma memorex 10 min gitu, aku sibuk sikit bulan ni sebab sekarang ni tengah buat part time jual durian, maklum ler masa ni tengah musim durian, so aku memorex seminggu dua ni sambil makan durian. See you later. Wassallam



 
Sehingga berjumpa lagi

[Peringatan : Penjelasan aku berdasarkan strategy yang aku gunakan. Tidak bertujuan untuk ajak pemorex-pemorex lain guna strategy yang sama. Semua pemorex perlu yakin dengan strategy sendiri dan trade ikut plan masing-masing. Strategy yang sama yang di guna oleh pemorex yang berbeza tidak bermakna akan menghasilkan hasil yang sama kerana pychology pemorex dan tahap disiplin pribadi setiap pemorex adalah berlainan]

Tuesday, September 10, 2013

Biar Betul Part 123




Dipetik dari Journal Forex Jamlus Jackson


Adakah  aku mempunyai plan
Adakah aku mempunyai apa-apa plan atau perancangan sebelum aku bermula. Apakah matlamat aku? Bila aku ajukan soalan ini kepada rakan-rakan yang melabur, jawapan yang biasa aku dengar ialah matlamat utama adalah untuk berjaya dan mampu menjadikan urusniaga forex sebagai periuk nasi. Soalan aku seterusnya apakah perancangan aku untuk mencapai matlamat tersebut. Jawapan yang biasa aku dengar ialah melakukan  aktiviti forex sepenuh masa, 24 jam, bawa komputer riba kemana-mana dan sentiasa memantau arah tuju mata wang dengan alasan tidak mahu terlepas peluang.
Aku tidak bertujuan untuk menyarankan strategi tertentu yang khusus untuk aku guna pakai. Ianya terpulang kepada aku, cuma yang ingin aku tekankan aku mestilah mempunyai strategi yang ringkas, mudah dan  bersesuaian dengan cita rasa aku.

Bila aku menyatakan aku seharusnya mengenali cita rasa aku sendiri ianya secara mudah bermaksud aku seharusnya mengenali apakah teknik pilihan aku. Adakah aku seorang yang suka menggunakan teknik “scapling”, teknik “pending”, teknik “faudumental” dan  pelbagai lagi ciri-ciri tertentu yang bersesuaian untuk strategi-strategi tertentu. Aku sendiri secara peribadi mengemari teknik yang mudah dan ringkas dan aku hanya  meluang masa tidak lebih dari 15 minit sehari untuk  aktiviti forex. Aku tidak gemar duduk berjam-jam didepan komputer.  Tidak aku nafikan pada awalnya aku juga gemar dan mampu mengadap komputer sekitar 8 jam sehari, tetepi lama kelamaan  aku keletihan  dan mula mengalah.